Followers

[ MerepekMerapu ]


04 September 2011

.Sebuah Teguran.

Assalamualaikum.


Anda pernah ditegur? Penulis…selalu. Kadang-kadang ditegur oleh kawan-kawan, ditegur oleh sahabat, ditegur oleh ketua, oleh ibu bapa, para pensyarah, oleh adik-beradik,sanak saudara bahkan si penyu hensem tu. Ngeee.. Tp penulis yakin Allah SWT juga turut menegur penulis, pastinya teguran Allah SWT berbeza dengan teguran manusia. Dalam kes musibah yang menimpa, penulis yakin itu adalah salah satu cara Allah SWT mahu menegur penulis.

Tegur-menegur adalah resipi kebahagiaan, baik untuk diri, keluarga, persahabatan bahkan dalam sesebuah organisasi dan negara, ia lebih penting. Dengan teguran, maka seseorang mampu mengenal-pasti kelemahan diri. Daripada teguran juga, kita dapat membuat penambah-baikan dari hari ke hari.

Islam mengistilahkan teguran ini dalam banyak terminologi. Jika kita membuka al-Quran dan al-Hadis, Allah SWT mahu pun Nabi Muhammad SAW menggunakan kalimah seperti ‘peringatan, bertolong bantu, wasiat, pesan-memesan dan sebagainya’, yang bagi saya membawa maksud ‘tegur-menegur.’

Kadangkala, apabila ditegur oleh seseorang tentang keburukan kita pasti ramai yang tidak dapat menerimanya dengan sempurna bukan? Penulis juga kadang-kadang seperti itu. Kita hanya manusia biasa. Akan tetapi kita perlu mengubah diri menjadi lebih baik bukan?

Apabila ditegur, bagaimana cara untuk menenangkan hati dan perasaan ketika menerima teguran agar kita tidak terasa hati dan boleh melapangkan dada anda sekalian dengan penerimaan yang tulus? Disini penulis memberikan beberapa tips untuk sekalian.
  • Yakin dan percaya bahawa pandangan kita betul tetapi mengandungi kemungkinan salah,sedangkan pendapat orang lain salah tetapi mengandungi kemungkinan betul.
  • Jangan pandang siapa yang mengatakan tetapi lihatlah apa yang dikatakan.
  • Teguran itu mungkin ilham daripada Allah yang dititipkan melalui insan lain.
  • Bersangka baik kepada penasihat, dia menasihati kita kerana cinta dan sayang.
  • Syukur dan reda kepada Allah bukan kepada orang yang memberi nasihat.

-----------------------------------

Hadis dari Abi Said Al-Khudri yang bermaksud : “Rasulullah saw telah bersabda : Barang siapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika sekiranya ia tiada berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Maka sekiranya ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman.”


(Riwayat Oleh Muslim)

----------------------------------

Dan daripada Hadis Nabi yang bermaksud : “Sampaikanlah dengan apa-apa yang diterima dari kami walaupun sepotong ayat”
(Riwayat Bukhari dan Tarmizi).


Apabila hubungan insan ditegakkan atas asas nasihat,teguran,amar makruf nahi mungkar dan dakwah kepada kebaikan nescaya akan tertegaklah umat yang bersih,ikhlas dan maju ke hadapan. Kerana amalan mereka saling menjaga dan membimbing ke jalan yang diredhai Allah.

Teguran juga hakikatnya membangunkan 'titik kesedaran' yang mungkin 'terlena' dalam diri. Kadang-kala, seseorang yang melakukan kesalahan akan kekal dalam kesalahan,sehinggalah dirinya ditegur.


Wallahua'lam! 


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan pesan dari EMAK ye :)